Thursday, March 24, 2016

Sayang,

Sayang,

Aku mahu mendengar tentang perkara-perkara yg seharusnya tidak aku ambil peduli, tetapi aku tidak mahu ketinggalan dlm mengetahui setiap saat hidup yg kau lalui. Kongsi suka dan duka bersama.

Sayang,

Apa bisa kau izinkan aku mengucup tgn kau sperti dahulu, sambil kau berbisik perlahan tentang bagaimana kau merindukan aku setelah seharian tidak bertemu, kerana kita punya halatuju yg berbeza sedari pagi hingga ke malam?

Sayang,

Aku hanya mahu kau seperti dahulu. Yang sebelum tidur kau akan menelefonku sambil memberitahu tentang perkara-perkara yg kau suka pada aku. Aku rindukan semua itu. Berikan aku masa untuk kembali menyatakan tentang rasa yg aku tidak reti mahu zahirkan sejak dulu. Rasa yg terlampau ego untuk aku beritahu.

Sayang,

Maafkan aku jika aku tidak seperti yg kau inginkan. Dan tak seperti yg kau idamkan. Kerana aku masih keliru adakah aku masih berada dlm hatimu?