Thursday, March 24, 2016

Sayang,

Sayang,

Aku mahu mendengar tentang perkara-perkara yg seharusnya tidak aku ambil peduli, tetapi aku tidak mahu ketinggalan dlm mengetahui setiap saat hidup yg kau lalui. Kongsi suka dan duka bersama.

Sayang,

Apa bisa kau izinkan aku mengucup tgn kau sperti dahulu, sambil kau berbisik perlahan tentang bagaimana kau merindukan aku setelah seharian tidak bertemu, kerana kita punya halatuju yg berbeza sedari pagi hingga ke malam?

Sayang,

Aku hanya mahu kau seperti dahulu. Yang sebelum tidur kau akan menelefonku sambil memberitahu tentang perkara-perkara yg kau suka pada aku. Aku rindukan semua itu. Berikan aku masa untuk kembali menyatakan tentang rasa yg aku tidak reti mahu zahirkan sejak dulu. Rasa yg terlampau ego untuk aku beritahu.

Sayang,

Maafkan aku jika aku tidak seperti yg kau inginkan. Dan tak seperti yg kau idamkan. Kerana aku masih keliru adakah aku masih berada dlm hatimu?

Monday, March 21, 2016

Pernah dan takut bakal terjadi lagi.

Aku pernah hancur karena terlalu percaya. Pernah juga patah karena memilih orang yang salah. Aku pernah terkubur dalam-dalam dalam hati seseorang yang kuselami dengan niat untuk bisa ku mengerti. Aku pernah memutuskan berjuang untuk hati yang memperjuangkan orang lain.

Aku pernah tercerai-berai ketika kasihku tak sampai. Aku pernah tertusuk pecahan hatiku sendiri ketika sedang berusaha menyusun lalu kau datang lagi. Aku pernah terjatuh dua kali karena ceroboh memberikan kesempatan. Aku pernah ditinggalkan karena menunggu. Aku juga pernah dihakimi karena melindungi.

Aku pernah ditinggal pergi karena tak cukup memberi. Aku pernah ditikam karena terlalu jujur pada hati sendiri. Aku pernah disalahkan karena berbicara yang sebenarnya. Aku pernah disuruh menunggu ketika ia tengah menunggu orang lain.

Aku pernah.
Aku pernah seperti itu.

Sehancur itu aku pernah berjuang, berkali-kali bangkit hanya untuk kembali dihancurkan. Aku hanya ingin kau tahu bahwa aku pernah sehancur itu. Jika kau yang kupilih sekarang juga hendak menghancurkanku, tak apa; Aku rela. Sudah sepenuh hati aku siap.

Hatiku milikmu. Mau kau genggam kuat-kuat hingga tercerai-berai atau kau simpan sebagai kenang-kenangan, aku tak peduli. Namun selama kau masih bersamaku, maukah kau berada di sampingku lebih lama? Seperti yang kau tahu, sehancur-hancurnya hatiku, kehadiranmu selalu bisa menyembuhkanku.

Demi Tuhan aku menangis kerana bait-bait kata ini benar-benar isi hati aku yang tak terungkap :’(

Tuesday, March 15, 2016

Perasaan tak diundang

Perasaan.

Lama sungguh me tak rasa perasaan mcmni. Rasa bahagia, gembira dan senyumku kembali terubat.
Lagi indah bila perasaan ini seolah berbalas.

Tapi sayang,
Yg indah selalu hadirnya cuma sementara.
Perasaan ini wujud tanpa diundang.
Perasaan ini wujud mungkin disaat yg salah.
Perasaan ini wujud mungkin sebagai satu ujian.

Aku tak minta perasaan seperti ini hadir.
Tapi itu semua mungkin tidak akan berlaku tanpaizinNya.

Perasaan ini umpama maken kuat, sukar untuk me melawan. Tapi me juga tak boleh terlalu melayan perasaan/
Risau.
Takut-takut ada hati yg terluka.

Allah.
Kepada Mu cuma aku meminta.
Jagakan perasaan ini.
Apa saja yg terbaik untukku, buatlah.
Tabahkan aku sentiasa redha dan pasrah.

Kuatkan aku dgn apa saja kemungkinan.

Tanpa sedar.
Airmata yg sekian lama dipendam, jatuh mengalir.
Maaf, aku sudah mula merinduimu.




Monday, March 14, 2016

Hatiku sudah ditawan. aiceh!

Nk tiup belog yg dah lame aku sepi. Fuh habuk sudah. Entry lame da wajib delete sbb kan da bukak buku baru. So semua yg bakal di update haruslah yg baru. Okay berbalik pd tajuk. Nape me kate 'Hatiku sudah ditawan'? jeng jeng. Sekarang me da digelar Fiancee pd someone. Syukur Alhamdulillah. Betolah berkat kesabaran Tuhan temukan me dgn someone yg blh terima me dgn seadanya. Alhamdulillah. Okay lah me nk cut ceghita. mls nk bebel pepanjang. Cane e blh accept someone dlm hidup me.

Camni ceghitanya.
Me ade sorang kwn yg me kenal dari zmn me hingusan lg. Name dia acik ayu. Ceghita start tahun lepas. Sdg berasyik me berpesbuk dan berkomen bagai. tetiba acik ayu im me kat pesbuk. Ade org kirim salam kat me. Wow sejak bila me rase me ade owg minat ni. Bangga sat! haha. ME pon mnjwb lah salam mamat tu. Dan tak blh blah dia suruh me add dia kat pesbuk. What? kemon dude u boboi kot awat ceq yg kena add. Dgn angkuh me kate kat acik ayu. 'kalau dia nk knl dia lah add' alasan mamat tu malu. cait! jatuh standard me sebagai saorang pompuan malayu terakhir, gitchew. Me nk tahu dia sape me tanye acik ayu then dia bg name mamat tu. What? mcm tak sangka owg yg me tak boleh go tu yg kirim slm. Erkkk. slh satu sbb me tak suka dia sbb dia sombonggggggg weh. acah sangat. pernah terserempak bnyk kali kalau me g uma acik ayu. please lah. tp betolah owg ckp jgn benci nanti jatuh suka. ha kannn. Kahh! me pon sbb tga bosan me g lah add dia. tp bkn terus add k take time jugak. lebih kurang dua minggu mcmtu then dia terus accept. wehhhh lincah gile mamat ni. hahahahah! adoi. lalu mula lah dia dok komen like segala yg ade dipesbuk me. me layan acuh tak acuh. satu hari tu dia mintak num. me sbb bosan yg teruk n dlh hati acah acah takde sape layan lah dia. perghhh! hahaha ayt geli bulu tiyak je. me layan dia mcm chipsmore sbb bg me kalau dia nk dia mesti usaha. yedok? lama jugak me tak layan dia. one day me ingat lg mase tu raye me kate kalau rase siyes nk kwn ngn me dtg lah rumah. ouhemgee! ingat tak berani ghupanya dia dtg sungguh tp bkn sorg dgn sape lg kalau bkn dgn acik ayu n acik tunang ayu (jimmy). nebes kot haha gedik k. *nanti sambung lg mcmne ceghita seterusnya sbb da time lunch ni. sabaq sat nah :P

Monday, November 30, 2015

Si masa lalu mu,

Aku tidak akan cemburu dengan masa lalumu. Siapa pun itu, secantik apa pun dia, selebih apa pun dia dibandingkan aku, ia tetaplah ia di masa lampaumu. Padanya, kamu sudah, sedangkan padaku kamu sedang dan semoga selalu akan. Namun, Sayang. Yang harus kau tahu; aku akan cemburu, jika kau mempertahan dan memperjuangkanku tak lebih banyak dari perjuanganmu pada mereka sebelumku.